Salam Sejahtera semua..

PERHATIAN...

Saya hanya mengambil order untuk bulan puasa & hari raya sahaja.
Sekiranya berminat untuk menempah didalam bulan bulan yang lain minimum order adalah 200 pek / 100 kg.

100% Keluaran Bumiputera ( bisnes kat dapur rumah je )
100% Kacang Hijau

TEMPAHAN MULA DIBUKA SEKARANG.....

Untuk sebarang tempahan :
- Individu
- Peniaga2 Bazar
- Pemborong

Kepada pembeli atau agen yang berminat untuk berurusan dengan kami boleh menghubungi 012-6962625/0173521225/01115322625

Lokasi penghantaran sekitar Lembah Klang . ( Hantar terus by hand )
Caj akan dikenakan untuk pesanan dibawah 20pek/10kg.

Kepada yang berada diluar kawasan sila hubungi saya untuk bincang cara penghantaran.

Khidmat penghantaran melalui Pos ke Sabah & Sarawak.
Caj akan dikenakan mengikut kadar berat (berat asas bungkusan atau VOLUMETRIK - mana yang lebih tinggi) sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia.
Berikut adalah panduan untuk anda mengenai kadar caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia.
Panduan Pos Malaysia
Panduan Kiraan Volumetric Weight
(Lebar x Panjang x Tinggi /6000 = KG) - Kiraan dalam cm..

Adakalanya caj yang dikenakan adalah berdasarkan kadar berat kiraan VOLUMETRIK (saiz bungkusan) dan bukan mengikut berat sesuatu pakej. Jadi kepada yang nak buat pesanan melalui pos adalah lebih baik untuk anda membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak. Takut nanti caj pos lagi mahal dari harga produk.

Harga : RM13/pek/500gm
Bayaran : C.O.D / Bank In M2U (162647037807 / Nor Ishraf Bakar)

Hubungi nombor yang tertera dibawah untuk pertanyaan.

H/P : 0126962625
0173521225
01115322625

atau

email : ishraf@destinigroup.com

Friday, September 3, 2010

Tempahan ditutup

Dah berapa hari aku tak update blog ni. Sibuk sangat,Minggu lepas balik Muar lagi. Bukan sebab nak ambik stok batang buruk tapi sebab jumaat cuti Nuzul Quran. selasa lak cuti Merdeka. dah alang alang cuti terus lima hari. Kat kampung tak banyak aktiviti yang aku boleh buat. Cuma pak mentua mintak tolong gantikan papan pintu yang reput. Dalam dok sibuk sibuk tu ada gak order masuk. Kak zie call nak lagi. Sebelum balik Muar stok cuma tinggal 85 pek je lagi. Orang rumah dah mula risau. Takut tak habis. Sekali bila Kak Zie call dia nak 200 pek. Hah....ambik... Takut sangat. Dah jadik gelabah pulak dah. Tak cukup stok yang ada. Tanya mak mentua cuma ada balance 40 pek je. Tanya kat makcik lak dapat lah 50 pek lagi. Daripada takde niat nak tambah stok terus penuh ngan batang buruk bila balik kl. Tambah lak ngan sepupu & adik ipar 50 pek lagi. Tapi sayang. Aku cuma dapat supply pada Kak Zie 120 pek. Selesai sumer stok yang ada. Malam ni nak hantar ke Bagnsar 3 pek lagi. Order dari officemate 70pek. Selesai sudah dihantar semuanya.

Degan ini secara rasminya tempahan untuk Kuih Batang Buruk untuk tahun ni ditutup. Kalo ada yang nak kene tunggu lepas raya ataupun raya haji lah pulak. Tu pun bergantung pada order. Kene berbaloi lah kan.....

8 September 2010, bertolak balik Kedah. Raya tahun ni beraya kat Kedah....

Untuk semua para pelanggan yang budiman aku ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"  & "MAAF ZAHIR BATIN"... Segala salah silap terkurang terlebih terkasar harap diampunkan.

Tuesday, August 24, 2010

Kasut kulit untuk dijual

Kasut kulit buatan tangan untuk dijual. Saiz 10. Keadaan macam baru. Jarang pakai sebab selalu pakai kasut lain. Harga boleh nego sampai jadi. Prefer by hand/C.O.D. area shah alam,puchong,putrajaya.

Wednesday, August 18, 2010

Hari 17 Ogos 2010/Isni jam 11.00 pg td ada staff dr kraftangan malaysia call aku. Tujuan dia nak mintak aku buat demo pembuatan kuih batang buruk kat pameran kraftangan malaysia pada 20 ogos 2010 nanti. Aku terpaksa tolak sebab aku tak de kebolehan utk buat demo tu. Nak ajak mak mentua dia pulak kat johor. Lagipun belum tentu lagi dia nak. Ni bukan kali pertama org dr pertubuhan@institut call aku. Ni adalah kali yg ketiga. Yang pertama daripada Jabatan Muzium. Nak buat kajian dan pameran. Yang ke 2 pulak pelajar dr UiTM nak buat kajian untuk tugasan. Semua aku terpaksa atas sebab yang tak boleh aku elak. Ini lah yang dinamakan kuasa internet. Hahaha...

Pada aku yang tak berapa nak pandai bab bab marketing & Internet/komputer ni perkara yang semacam ni dah jadi satu benda yang positif. Bermula dengan "kosong" sampai aku dah boleh buat blog ni. Sikit sikit aku belajar. Boleh dikatakan 80% dari pelanggan kuih batang buruk aku datang dari blog ni. Blog yang "cakar ayam" dan blog yang aku jarang promosikan. Alhamdulillah, yang sebenarnya secara offline@kat luar pun aku jarang promosikan batang buruk aku ni. Cuma bercerita ngan kawan kawan je. Makin dekat nak raya makin banyak nombor yelefon yang aku tak kenal terpapar kat hanphone aku. Kadang2 panggilan dari bank pon aku ingat orang nak tanya pasal batang buruk...kihkihkih...

Perancangan aku lepas ni nak merayau kat tempat tempat orang jual kuih raya. PKNS Shah Alam aku punya main target. Nak cuba promotekan batang buruk aku ni. Ni planning untuk tahun depan. Mana tahu sangkut sorang dua peniaga kuih raya kat sana, dah bertambah lagi pelanggan aku. Satu perkara je yang aku takut. Tenaga kerja takde. Bila tenaga kerja kurang maka production pun kureng lah. Itu masalah yang aku hadapi sepanjang 4 tahun aku membantu mak mertua aku. Permintaan tu ada tapi supply tak cukup (Musim raya je lah). Apa pun kita tengok je lah apa jadi lepas ni...

Tuesday, August 17, 2010

Bosan

Hari ni mendung je. Bosan lak rasanya. Semasa aku menulis ni aku berada di bengkel Merz Energy di Bt 3 Shah Alam. Hantar kete company buat service & repair. Dah 2minggu due utk service. Lagipun kete tu bukannya sihat sgt. Byk sgt sakitnya. Sambil menunggu member datang amek, update lah sikit2 blog ni. Tersengguk sengguk aku menahan gantuk. Maklum je lah. Bulan puasa memang selalu ngantuk. Hari ni dah ramadhan ke-6. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Hari minggu yang lepas aku tak kemana mana. Cuma hari ahad petang je aku ke Alamanda. Tengok wayang cerita "The Expendebles" ngan orang rumah. Dalam filem tu semua actor kegemaran aku ada berlakon. Takde plan pon nak pi tengok wayang hari tu. Pagi tu lepas subuh aku dah boleh nak tido. Sambil layan internet on tv sekali. Kalo tak sunyi gak. Masa tu lah keluar review pasal filem ni kat TV3. Terus book tiket online.
Kuih batang buruk pun tak de yang urgent nak kene hantar. So aku banyak rehat je la. Setakat hari ni masih ada 50pek order yg belum dihantar. 30pek ke Sri Kembangan. 20pek lagi ke Klang. Stok yang ada kat tangan pun masih ada 230 pek. Masuk pejabat ada gak dapat order 6pek hari. Alhamdulillah. Slow sikit. Mungkin sebab masih ada banyak masa lagi. Masih slow. Kalau mengikut pengalaman tahun tahun yang sudah org banyak order masa dah nak dkt raya. Tunggu & lihat je lah nanti. Ada yang nak sampai 2ribu pek. Fuhhh..mana nak carik bila dah hujung hujung puasa. Stok banyak dah habis. Macam nilah kalau jadi peniaga bermusim. Tak simpan stok banyak banyak. Harap harap tahun ni takde lagi lah yang buat macam tu……Kalo tak?

Friday, August 13, 2010

laptop rosak

Bermula dari hari isnin sampai ke hari ni, laptop masih lagi kat office. Mintak tolong member format balik. Sebab apa format? Sebab sistem dah berterabur. Dah jadi lembab. Bila dah format masalah driver pula yang timbul. Susah bila takde laptop ni. Nak update blog, facebook kena guna hp. Skrin kecik sangat. Tak puas nak surf internet. Nak buat macam mana.

Monday, August 9, 2010

Hujung minggu yang memenatkan

Hujung minggu yang memenatkan. Dengan kepala yang berdenyut denyut dari hari khamis aku gagahkan jugak memandu balik kampung Muar. Tujuannya tak lain selain jenguk orang tua aku jugak nak ambil stok batang buruk.  Balik kali ni nak ambil 300 pek. 130 pek untuk kak zie dan selebihnya untuk tambah stok yang sedia ada. Brother Zul Pjj pun ada call nak lagi batang buruk. Selesai bawak naik batang buruk naik ke rumah, aku ke shah alam pulak. Orang rumah aku pulak nak siapkan kerja dia. Sambil tu dapat juga aku hantar order untuk brother Zul Pjj. Siap kerja di shah alam lari ke puchong pulak. Minggu ni memang sibyk. Takde rehat.

Saturday, July 31, 2010

Balik Kampung

Khamis 29/7/2010. Lepas kerja terus balik Muar nak ambik stok kuih batang buruk. Bertolak dari rumah dah jam 9.30mlm. Singgah R&R Seremban untuk makan malam. Sepanjang jalan terasa sangat bandan ni penat. Sampai kat kampung dah dekalt pukul 1.00pagi. Mak ngan abah masih lagi dok tengah buat kuih. Bertungkus lumus nak siapkan order yang masuk. Aku punyer order dah siap dah. Ready To deliver.

Delivery Kak Zie

Order Kak Zie 280 pek dah dihantar pada 30/7/2010. Hantar kat tempat yang sama. Tesco Saujana Impian Kajang.
Kak Zie - Pelanggan Kuih Batang Buruk yg tiap-tiap minggu buat order
Semua urusan C.O.D
 Resit disertakan

Wednesday, July 28, 2010

Order yg ke2

Order yang kedua daripada Kak Zie/Pandan Indah.
Qty : 280 pek
Tarikh penghantaran : 30 July 2010 @ kajang

Sri Kapas

Order untuk sri Kapas sebanyak 50 container dah siap dihantar pada 27 Julai 2010..Pukul 4 pagi baru selesai re-pack.

Sunday, July 25, 2010

Selesai sudah

Penat hari ni. Dengan pinggang yang saaakit sangat aku gagahkan jugak. Sakit sebab semalam pindah masuk kebilik asal. Dah siap renovate dah. Puas hati aku dengan hasilnya. Walaupun ambik masa yang lama nak siap aku tetap puas hati sebab ianya hasil kerja tangan aku sendiri. Kalau nak dibandingkan dengan kerja aku yang mula mula masa buat ruang tamu, kerja yang ini aku puas hati sangat. Sebab dah banyak improvement. Petang tadi dah selesai semua kerja. Dari pindah bilik ke hantar kuih batang buruk. Order dari Kak Zie dah aku hantar petang tadi (lupa nak mintak amek gambar tadi). Begitu jugak dengan sample sample yang diminta dari Shah Alam, Taman Melati & Keramat. emua dah aku selesaikan pengantaran. Memang sibuk giler. Kak Zie bagitau aku tadi maybe start minggu depan akan ada order setiap minggu sampai ke Hari Raya. Katanya PO dah keluar. Alhamdulillah....Berdoa je lah..

Semalam punye citer lak 2000 bekas. Customer yang ini dia nak aku supply dalam bekas. Bukan dalam pek. Dah tentu aku kene carik bekas & dah tentu2 kos pun bertambah. Nak supply pada sorang Tan Sri/ Pn Sri. Owner shopping mall kat KL. Rasanya tak boleh nak cerita lagi shopping mall yang mana. Tunggu confirm order dulu. Ceritanya dulu Tan Sri/Pn Sri dah ada msupplier tapi supplier tu tipu. Ada ka patut dia pack dalam bekas pas tu tengah LOPONG...KOSONG...Susun kat bahagian tepi je..Apa da.. Tapi sekarang ni masih lagi dok menunggu jawapan dari dorang... Berdoalah lagi banyak2..Harap harap murah rezeki aku tahun ni. Boleh selesai apa yang patut. Boleh gak aku tolong mak aku siapkan rumah yang dh lama terbengkalai kat kampung. Amin..........

Friday, July 23, 2010

Dah mula sibuk

Minggu ni aku dah mula sibuk. Hari sabtu ni Mak aku dari nak datang dari kedah. Petang sabtu sampai. Bos ajak pi rumah dia ada kenduri doa selamat aku tak dapat nak pergi. Nak kene siapkan order 400 pek untuk kak zie. Ahad dah bersusun program. Start pagi dah kene hantar bos pi LCCT. Next to Shah Alam. Car boot sale & hantar sample lagi. Tengah hari takde hal. Petang kene pi KL lak. First Pandan indah. Hantar tempahan Kak Zie, next Wangsa Maju. then AU2 Keramat nak hantar sample lagik...Ntah jam berapa lah boleh settle. Tapi tak pe. Cari rezzzeki..Harap harap berbaloi. Mak aku dok rumah adik aku kat Shah Alam dulu 3-4 hari. Pas tu rumah aku lak...

Arghhh...lupa pulak dah. Aku kene kemas siap siap rumah sebelum depa semua mai rumah....C U....

Thursday, July 15, 2010

Order pertama 2010.

Tempat: Kl
Kuantiti : 400 pek
Panghantaran : 26 July 2010
Alhamdulillah..Order yang pertama untuk tahun 2010 dah masuk. Feedback yang aku dapat tentang produk Kuih Batang Buruk ni pon cukup baik dari pelanggan aku yang pertama untuk tahun 2010 ni. Keesokan hari selepas dia dapat sample terus dia buat order. Ikut kata dia akan ada lagi order dari dia. Sebab dia supply pada pasaraya...

Sample lagi

Hari ni 15 july 2009. Ada lagi 3 permintaan untuk mendapatkan sample kuih batang buruk. Alhamdulillah. Subang, Shah Alam & Sungai Buloh. Stok untuk sample dah habis. Masa kirim ngan adik ipar hari tu sikit je. Ingat kan takde lagi. Tak sangka lak ramai yg dah mula nak sample. Setakat ni semua yang mintak sample adalah prospek baru. Belum ada lagi return customer. Biasanya kalau mengikut pengalaman yang lepas, return customer akan mula buat order bila dah masuk bulan puasa.

Wednesday, July 14, 2010

Sample

Dah lama tak update. Sample unutk kuih batang buruk dah mula ada permintaan. Takat hari ni 13 July 2010 dah dua tempat dihantar. Sek7 Shah Alam & Pandan Indah KL. Dua dua prospek baru... Harap harap ada yang suka. Satu prospek dah bagi reapon. Alhamdulillah. Feedback yang bagus. Insyallah ada rezeki, ada lah tu...

Monday, April 26, 2010

Ahad

Hari ni dah ahad. Satu hari dok ngadap buat keje kat bilik. Alhamdulillah dah 80% siap. Minggu ni nakkene pi beli joint compound untuk keje2 menampal lubang lubang skru & gab yang ada pada plaster board. Nasib ari ni orang rumah aku nak tolong buat keje potong memotong board. So tak teruk sangat lah aku nak turun naik. Kalo tak jenuh gak lah. Dah lah nak pasang skru habis sume kaki tangan aku guna. Mana nak tahan, nak capai drill, nak carik skru.

Kejap je rase 2 hari cuti. Pejam celik esok dah nak keje. 8 Mei aku kene balik Alor Setar. Dah lama rasa nya dah aku tak jenguk mak aku. Kesempatan yang ada baik aku gunakan. 10hb Mei nak kene hantar adik pi register Kolej Matrikulasi Arau. Dia ambik couse account. Sama gak mcm kakak dia. Hati ni sebenarnya nak dia amek course engineering atau bisnes. At least ada kelainan. Tak sama ngan kak dia. Tapi itu pilihan dia. Aku tak boleh nak paksa. Cuti belum apply lagik. Besok nak kene bagitau bos awal2. Takut nanti lupa.

Semalam aku terpaksa batal appointment aku ngan mamat yang nak order kuih batang buruk. Ada hal yg aku tak boleh elak. Maybe next time aku akan buat appointment balik ngan dia. Sebenarnya nak jumpa bukan pasal dia nak order kuih batang buruk, tapi aku nak bincang tentang aku punya produk. Nak citer harga, packaging, delivery. aku nak kene siapkan sample dulu untuk dia. Bagi dia rase dulu.

Sunday, April 25, 2010

Kuih Batang Buruk

Kuih Batang Buruk
Sekarang tgh sibuk renovate master bedroom. Buat plaster ceiling. Saje cari keje masa lapang. Semua buat sendiri. Baru baru ni dapat satu panggilan ada org nak order kuih batang buruk. Ada member bagitau. Katanya orang tu nak order banyak. 1000 balang untuk diekspot tapi tak tau ke mana. Aku call dia untuk dapatkan info. Bila aku call dia lain lak cite. Katanya dia baru bukak kedai kuih tradisional Melayu. Dia cuma nak amek dalam 200-300 pek je. Bukan dalam balang. Nasib baiklah aku tak mintak mak buat lagi semua tu. Aku tak de masalah dengan info yg aku dapat cuma aku tertanya-tanya, kenapa member aku cakap lain & mamat ni lain lak citer die?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.