Salam Sejahtera semua..

PERHATIAN...

Saya hanya mengambil order untuk bulan puasa & hari raya sahaja.
Sekiranya berminat untuk menempah didalam bulan bulan yang lain minimum order adalah 200 pek / 100 kg.

100% Keluaran Bumiputera ( bisnes kat dapur rumah je )
100% Kacang Hijau

TEMPAHAN MULA DIBUKA SEKARANG.....

Untuk sebarang tempahan :
- Individu
- Peniaga2 Bazar
- Pemborong

Kepada pembeli atau agen yang berminat untuk berurusan dengan kami boleh menghubungi 012-6962625/0173521225/01115322625

Lokasi penghantaran sekitar Lembah Klang . ( Hantar terus by hand )
Caj akan dikenakan untuk pesanan dibawah 20pek/10kg.

Kepada yang berada diluar kawasan sila hubungi saya untuk bincang cara penghantaran.

Khidmat penghantaran melalui Pos ke Sabah & Sarawak.
Caj akan dikenakan mengikut kadar berat (berat asas bungkusan atau VOLUMETRIK - mana yang lebih tinggi) sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia.
Berikut adalah panduan untuk anda mengenai kadar caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia.
Panduan Pos Malaysia
Panduan Kiraan Volumetric Weight
(Lebar x Panjang x Tinggi /6000 = KG) - Kiraan dalam cm..

Adakalanya caj yang dikenakan adalah berdasarkan kadar berat kiraan VOLUMETRIK (saiz bungkusan) dan bukan mengikut berat sesuatu pakej. Jadi kepada yang nak buat pesanan melalui pos adalah lebih baik untuk anda membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak. Takut nanti caj pos lagi mahal dari harga produk.

Harga : RM13/pek/500gm
Bayaran : C.O.D / Bank In M2U (162647037807 / Nor Ishraf Bakar)

Hubungi nombor yang tertera dibawah untuk pertanyaan.

H/P : 0126962625
0173521225
01115322625

atau

email : ishraf@destinigroup.com

Thursday, September 6, 2012

Assalamualaikum

Dah lama dah rasenye x update kat sini. Sibuk ngan kerja kerja harian yang lain. Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca yang sudi menyinggahkan diri kat sini. Kepada yang yang ada buat order dengan saya Terima Kasih saya ucapkan & kepada yang  tak dapat tu saya minta maaf sangat sangat. Takde rezeki. Insyallah tahun depan kalau dapat buat lah order awal sikit bagi mengelakkan tak cukup stok. Lagipun tahun ni memang stok Batang Buruk buat sikit je. Sebab isteri besalin sebelum puasa hari tu. Jadi mak mentua saya tak dapat nak buat banyak sebab sibuk menjaga isteri yang berpantang di kampung. Alahamdulillah, selepas  5 tahun baru lah nak dapat sorang ni.

Ok, update terbaru,

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? 

Sekarang ni saya dah ada menyediakan perkhidmatan mencetak baju t-shirt untuk sebarang aktiviti. Perkahwinan, baju rewang, kelab, pertubuhan, persatuan, syarikat, family day, couple t-shirt, atau pun untuk dijadikan hadiah kepada seseorang. Menggunakan teknik Silk screen sebagai teknik utama saya namun kalau ada yang nak Heat Press, Embroidery (sulam) atau Direct To Garment (DTG) pun boleh. Harga bergantung kepada kuantiti,  material baju yang dipilih dan juga design yang dikehendaki.

Boleh emailkan design anda dan juga kuantiti yang dikehendaki kepada nibtshirtprinting@gmail.com untuk sebutharga. Atau sms ke 0194960471 kuantiti baju, jumlah warna, jenis kain & saiz priniting (A3 or A4)
bagi mendapatkan anggaran harga. Setiap pertanyaan akan saya balas dalam masa 48 jam.


Screen Printing 

Silk screen Printing adalah kaedah yang paling murah sekali sekiranya anda nak mencetak dalam kuantiti yang banyak.

Harga saya untuk T-Shirt 100% Cotton 160gsm


Qty / Pcs
Charges (RM)
TOTAL (RM)
T-Shirt (size S - XXL)
20
7.50
150.00
1 color 1 side printing
20
1.50
30.00
*minimum charges for printing = RM30 / 20pcs
*additional color = RM1 / side
Blok A4 ( 1color x 1 blok )
1
30.00
30.00
Total

210.00
Average p/pc

10.50


Minimum charges for printing = RM30

  • Sekiranya kuantiti baju kurang dari 20 helai caj printing akan tetap dikenakan sebanyak RM30.
  • Kuantiti melebihi 20helai harga akan dicaj mengikut kuantiti baju.

Custom Couple T-shirt
RM50 / pasang
Design anda sendiri
Material : Pilihan anda.




Ahhh...dah jam 8.00am. Nak kene bersiap pi kerja. Nanti saya sambung & update dengan gambar & katalog. Jangan lupa kalau ada masa singah singgah lah ke NIB T Shirt Printing dan juga NIB Online Handbags. Kedua dua blog tu saya punya jugak. Buat sampingan nak carik income sikit. Buat masa ni keduanya tak berapa nak kemaskini sangat. Akan diupdate dari masa kesemasa.

Wednesday, January 11, 2012

Two Tone Dark Purple Denim Jersey Jubah

Price

:

RM189.00 RM129.00

Availability

:

In Stock

Model / Code

:

SDD2729

Material

:

Denim Jersey

Origin

:

Malaysia

Color

:

Two Tone Dark Purple

Description

A trendy two tone dark purple denim jersey jubah with decorative buttons.

Size Measurement

Size

S

Bust (Ukur Lilit Dada)

37

Shoulder (Bahu)

14

Sleeve Length (Panjang Tangan)

22.5

Waist (Ukur Lilit Pinggang)

33

Hips (Ukur Lilit Punggung)

42

Body Length (Panjang Baju)

56.5

End of Sleeve Width (Lebar) Pergelangan Tangan)

11

Side Slit (Belahan Tepi)

None / Tiada

 

Note:

All measurements are in inches.

Please allow +- 0.5 inch difference.

All of our styles are available in limited quantities and they sold out very fast.



--
Chitra Delima
Online blog shop
http://www.chitradelima.blogspot.com


Wednesday, January 4, 2012

Peanut Barley


Peanut Barley
RM 15 / 500gm
Call 012 6962625 

Pati Jus Delima

Pati Jus Delima
Produk dari Turkey
100% Perahan Delima
RM 25 / 250ml
Free Delivery
Call 012 6962625

Saturday, June 25, 2011

Ready for delivery

Pengahantaran Poslaju...
Lokasi : Kuala Terengganu
             : Kuala Kangsar
             : kota Bharu
             : Pontian





Thursday, June 9, 2011

First order Batang Buruk

Salam,

Order pertama untuk tahun ni dah keluar. Ke Sabah hala tujunya.. Thanx to Sharifah Nardian..

Tuesday, May 17, 2011

Update terbaru

Salam. Terima kasih kepada yang sudi layari blog aku ni. Lama dah tak update. Takde cerita yang menarik sangat pun nak update kat sini. Sekarang dah mula sibuk nak promote batang buruk. Pose pon dah tak lama dah. Production dah start. So marketing pun kene start awal lah. Bulan ni dah ada yang mula bertanya pasal batang buruk. Brader Zull PJJ pon dah awal awal call mintak bagitau dia bila dah start. Alhamdulillah. Ingat lagi brader Zull ngan aku. Senang berurusan ngan dia. Jumpa pon kat stesyen minyak Esso federal highway atau petronas stadium Shah Alam je.

Lepas je raya hari tu rutin aku jadi normal balik. Dah tak sibuk. Lagipun masa raya hari tu aku injured. Terseliuh otot pinggang pasal angkat tiang rumah. Tolong orang buat rumah mak aku. Terbaring 4 hari tak boleh gerak. Kalo kira yang aku ingat dah 4 kali aku kene. Kesan dia masih ada lagi sampai sekarang. Aku dah rasa macam orang tua dah.Tak boleh nak buat keje berat. Tapi alhamdulillah aaku masih boleh buat keje tiling kat bilik air rumah mak.

Thursday, May 12, 2011

Kenapa Anda Perlu Join Bisnes Tunetalk-ToneExcel




Salam Sejahtera,

Jika anda masih memikirkan perlu ke anda buat bisnes ni, berikut adalah
beberapa sebab mengapa saya pandang ini sebagai satu peluang keemasan.

1. Pertama ia merupakan produk keperluan. Ada affiliate atau tidak, orang
mesti pakai. Pengguna prepaid pula sangat ramai, hampir 25 juta rakyat
malaysia menggunakan prepaid. Maknanya pasaran sangat luas.

2. Kedua: Nak join sangat murah, ramai orang mampu, maintain juga tidak
membebankan, ramai pengguna prepaid top-up setiap bulan berkali ganda
dari jumlah maintain yang diperlukan, maka ramai yang tak akan merasa
beban untuk maintain setiap bulan.

3. Ketiga: Downline kita kalau nak topup tak perlu jumpa kita, mereka
boleh dapatkan top-up di kedai topup, 7eleven, stesen minyak, Maybank2u
Cimb Clicks atau mesin atm. Wow !! Ini alasan paling besar, kerana kalau
kita tengah tidur mereka topup, maknanya kita tidur pun dapat duit.

4. Keempat: Selama ini, saya pakai phone, isteri pakai phone, anak pakai
phone, adik beradik pakai phone, kalau mereka topup atau bayar bil, tauke
maxis, tauke digi, tauke telco yang lain akan bertambah kaya, kita tak
dapat apa-apa pun.

Baik saya buat tunetalk-toneexcel, sekurang-kurangnya bertambah juga
pendapatan kita, walau sedikit. Tapi kalau ramai, maka akan jadi
pendapatan lumayan pula.

5. Kelima: Disebabkan orang akan pakai phone setiap masa, maka pasti
mereka akan sering topup, maka ini peluang untuk kita dapat pencen.
Kalau sorang kita sponsor, dan dia pakai simkad tersebut selama 10 tahun,
maknanya saya dapat pencen selama 10 tahun. Siapa tak mahu.
Bukan mereka menyusahkan kita pun kalau nak topup.

6. Keenam: Risiko amat kecil, modal sangat rendah kalau tak menjadi
(mudah-mudahan menjadi) maka kita tidak akan rugi banyak, kecuali
tenaga dan masa yang telah dihabiskan. Kalau menjadi maka bertambahlah
pencen kita.

Saya cadangkan kepada anda, jangan lepaskan peluang keemasan ini,
perniagaan ini jarang sekali lalu di hadapan kita, kalau kita terlepas,
kita kena tunggu lagi beberapa tahun untuk menjumpai perniagaan
seperti ini.

Mulakan sekarang, dan buat dengan konsisten sehingga dua tahun,
insyaAllah mudah-mudahan berhasil.


www.bisnesprepaid.com/farhsi79

Salam Usahawan

--
NOR ISHRAF BIN BAKAR
http://www.bisnesprepaid.com/farhsi79

Friday, September 3, 2010

Tempahan ditutup

Dah berapa hari aku tak update blog ni. Sibuk sangat,Minggu lepas balik Muar lagi. Bukan sebab nak ambik stok batang buruk tapi sebab jumaat cuti Nuzul Quran. selasa lak cuti Merdeka. dah alang alang cuti terus lima hari. Kat kampung tak banyak aktiviti yang aku boleh buat. Cuma pak mentua mintak tolong gantikan papan pintu yang reput. Dalam dok sibuk sibuk tu ada gak order masuk. Kak zie call nak lagi. Sebelum balik Muar stok cuma tinggal 85 pek je lagi. Orang rumah dah mula risau. Takut tak habis. Sekali bila Kak Zie call dia nak 200 pek. Hah....ambik... Takut sangat. Dah jadik gelabah pulak dah. Tak cukup stok yang ada. Tanya mak mentua cuma ada balance 40 pek je. Tanya kat makcik lak dapat lah 50 pek lagi. Daripada takde niat nak tambah stok terus penuh ngan batang buruk bila balik kl. Tambah lak ngan sepupu & adik ipar 50 pek lagi. Tapi sayang. Aku cuma dapat supply pada Kak Zie 120 pek. Selesai sumer stok yang ada. Malam ni nak hantar ke Bagnsar 3 pek lagi. Order dari officemate 70pek. Selesai sudah dihantar semuanya.

Degan ini secara rasminya tempahan untuk Kuih Batang Buruk untuk tahun ni ditutup. Kalo ada yang nak kene tunggu lepas raya ataupun raya haji lah pulak. Tu pun bergantung pada order. Kene berbaloi lah kan.....

8 September 2010, bertolak balik Kedah. Raya tahun ni beraya kat Kedah....

Untuk semua para pelanggan yang budiman aku ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"  & "MAAF ZAHIR BATIN"... Segala salah silap terkurang terlebih terkasar harap diampunkan.

Tuesday, August 24, 2010

Kasut kulit untuk dijual

Kasut kulit buatan tangan untuk dijual. Saiz 10. Keadaan macam baru. Jarang pakai sebab selalu pakai kasut lain. Harga boleh nego sampai jadi. Prefer by hand/C.O.D. area shah alam,puchong,putrajaya.

Wednesday, August 18, 2010

Hari 17 Ogos 2010/Isni jam 11.00 pg td ada staff dr kraftangan malaysia call aku. Tujuan dia nak mintak aku buat demo pembuatan kuih batang buruk kat pameran kraftangan malaysia pada 20 ogos 2010 nanti. Aku terpaksa tolak sebab aku tak de kebolehan utk buat demo tu. Nak ajak mak mentua dia pulak kat johor. Lagipun belum tentu lagi dia nak. Ni bukan kali pertama org dr pertubuhan@institut call aku. Ni adalah kali yg ketiga. Yang pertama daripada Jabatan Muzium. Nak buat kajian dan pameran. Yang ke 2 pulak pelajar dr UiTM nak buat kajian untuk tugasan. Semua aku terpaksa atas sebab yang tak boleh aku elak. Ini lah yang dinamakan kuasa internet. Hahaha...

Pada aku yang tak berapa nak pandai bab bab marketing & Internet/komputer ni perkara yang semacam ni dah jadi satu benda yang positif. Bermula dengan "kosong" sampai aku dah boleh buat blog ni. Sikit sikit aku belajar. Boleh dikatakan 80% dari pelanggan kuih batang buruk aku datang dari blog ni. Blog yang "cakar ayam" dan blog yang aku jarang promosikan. Alhamdulillah, yang sebenarnya secara offline@kat luar pun aku jarang promosikan batang buruk aku ni. Cuma bercerita ngan kawan kawan je. Makin dekat nak raya makin banyak nombor yelefon yang aku tak kenal terpapar kat hanphone aku. Kadang2 panggilan dari bank pon aku ingat orang nak tanya pasal batang buruk...kihkihkih...

Perancangan aku lepas ni nak merayau kat tempat tempat orang jual kuih raya. PKNS Shah Alam aku punya main target. Nak cuba promotekan batang buruk aku ni. Ni planning untuk tahun depan. Mana tahu sangkut sorang dua peniaga kuih raya kat sana, dah bertambah lagi pelanggan aku. Satu perkara je yang aku takut. Tenaga kerja takde. Bila tenaga kerja kurang maka production pun kureng lah. Itu masalah yang aku hadapi sepanjang 4 tahun aku membantu mak mertua aku. Permintaan tu ada tapi supply tak cukup (Musim raya je lah). Apa pun kita tengok je lah apa jadi lepas ni...

Tuesday, August 17, 2010

Bosan

Hari ni mendung je. Bosan lak rasanya. Semasa aku menulis ni aku berada di bengkel Merz Energy di Bt 3 Shah Alam. Hantar kete company buat service & repair. Dah 2minggu due utk service. Lagipun kete tu bukannya sihat sgt. Byk sgt sakitnya. Sambil menunggu member datang amek, update lah sikit2 blog ni. Tersengguk sengguk aku menahan gantuk. Maklum je lah. Bulan puasa memang selalu ngantuk. Hari ni dah ramadhan ke-6. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Hari minggu yang lepas aku tak kemana mana. Cuma hari ahad petang je aku ke Alamanda. Tengok wayang cerita "The Expendebles" ngan orang rumah. Dalam filem tu semua actor kegemaran aku ada berlakon. Takde plan pon nak pi tengok wayang hari tu. Pagi tu lepas subuh aku dah boleh nak tido. Sambil layan internet on tv sekali. Kalo tak sunyi gak. Masa tu lah keluar review pasal filem ni kat TV3. Terus book tiket online.
Kuih batang buruk pun tak de yang urgent nak kene hantar. So aku banyak rehat je la. Setakat hari ni masih ada 50pek order yg belum dihantar. 30pek ke Sri Kembangan. 20pek lagi ke Klang. Stok yang ada kat tangan pun masih ada 230 pek. Masuk pejabat ada gak dapat order 6pek hari. Alhamdulillah. Slow sikit. Mungkin sebab masih ada banyak masa lagi. Masih slow. Kalau mengikut pengalaman tahun tahun yang sudah org banyak order masa dah nak dkt raya. Tunggu & lihat je lah nanti. Ada yang nak sampai 2ribu pek. Fuhhh..mana nak carik bila dah hujung hujung puasa. Stok banyak dah habis. Macam nilah kalau jadi peniaga bermusim. Tak simpan stok banyak banyak. Harap harap tahun ni takde lagi lah yang buat macam tu……Kalo tak?

Friday, August 13, 2010

laptop rosak

Bermula dari hari isnin sampai ke hari ni, laptop masih lagi kat office. Mintak tolong member format balik. Sebab apa format? Sebab sistem dah berterabur. Dah jadi lembab. Bila dah format masalah driver pula yang timbul. Susah bila takde laptop ni. Nak update blog, facebook kena guna hp. Skrin kecik sangat. Tak puas nak surf internet. Nak buat macam mana.

Monday, August 9, 2010

Hujung minggu yang memenatkan

Hujung minggu yang memenatkan. Dengan kepala yang berdenyut denyut dari hari khamis aku gagahkan jugak memandu balik kampung Muar. Tujuannya tak lain selain jenguk orang tua aku jugak nak ambil stok batang buruk.  Balik kali ni nak ambil 300 pek. 130 pek untuk kak zie dan selebihnya untuk tambah stok yang sedia ada. Brother Zul Pjj pun ada call nak lagi batang buruk. Selesai bawak naik batang buruk naik ke rumah, aku ke shah alam pulak. Orang rumah aku pulak nak siapkan kerja dia. Sambil tu dapat juga aku hantar order untuk brother Zul Pjj. Siap kerja di shah alam lari ke puchong pulak. Minggu ni memang sibyk. Takde rehat.

Saturday, July 31, 2010

Balik Kampung

Khamis 29/7/2010. Lepas kerja terus balik Muar nak ambik stok kuih batang buruk. Bertolak dari rumah dah jam 9.30mlm. Singgah R&R Seremban untuk makan malam. Sepanjang jalan terasa sangat bandan ni penat. Sampai kat kampung dah dekalt pukul 1.00pagi. Mak ngan abah masih lagi dok tengah buat kuih. Bertungkus lumus nak siapkan order yang masuk. Aku punyer order dah siap dah. Ready To deliver.

Delivery Kak Zie

Order Kak Zie 280 pek dah dihantar pada 30/7/2010. Hantar kat tempat yang sama. Tesco Saujana Impian Kajang.
Kak Zie - Pelanggan Kuih Batang Buruk yg tiap-tiap minggu buat order
Semua urusan C.O.D
 Resit disertakan

Wednesday, July 28, 2010

Order yg ke2

Order yang kedua daripada Kak Zie/Pandan Indah.
Qty : 280 pek
Tarikh penghantaran : 30 July 2010 @ kajang

Sri Kapas

Order untuk sri Kapas sebanyak 50 container dah siap dihantar pada 27 Julai 2010..Pukul 4 pagi baru selesai re-pack.

Sunday, July 25, 2010

Selesai sudah

Penat hari ni. Dengan pinggang yang saaakit sangat aku gagahkan jugak. Sakit sebab semalam pindah masuk kebilik asal. Dah siap renovate dah. Puas hati aku dengan hasilnya. Walaupun ambik masa yang lama nak siap aku tetap puas hati sebab ianya hasil kerja tangan aku sendiri. Kalau nak dibandingkan dengan kerja aku yang mula mula masa buat ruang tamu, kerja yang ini aku puas hati sangat. Sebab dah banyak improvement. Petang tadi dah selesai semua kerja. Dari pindah bilik ke hantar kuih batang buruk. Order dari Kak Zie dah aku hantar petang tadi (lupa nak mintak amek gambar tadi). Begitu jugak dengan sample sample yang diminta dari Shah Alam, Taman Melati & Keramat. emua dah aku selesaikan pengantaran. Memang sibuk giler. Kak Zie bagitau aku tadi maybe start minggu depan akan ada order setiap minggu sampai ke Hari Raya. Katanya PO dah keluar. Alhamdulillah....Berdoa je lah..

Semalam punye citer lak 2000 bekas. Customer yang ini dia nak aku supply dalam bekas. Bukan dalam pek. Dah tentu aku kene carik bekas & dah tentu2 kos pun bertambah. Nak supply pada sorang Tan Sri/ Pn Sri. Owner shopping mall kat KL. Rasanya tak boleh nak cerita lagi shopping mall yang mana. Tunggu confirm order dulu. Ceritanya dulu Tan Sri/Pn Sri dah ada msupplier tapi supplier tu tipu. Ada ka patut dia pack dalam bekas pas tu tengah LOPONG...KOSONG...Susun kat bahagian tepi je..Apa da.. Tapi sekarang ni masih lagi dok menunggu jawapan dari dorang... Berdoalah lagi banyak2..Harap harap murah rezeki aku tahun ni. Boleh selesai apa yang patut. Boleh gak aku tolong mak aku siapkan rumah yang dh lama terbengkalai kat kampung. Amin..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.