Dah berapa hari aku tak update blog ni. Sibuk sangat,Minggu lepas balik Muar lagi. Bukan sebab nak ambik stok batang buruk tapi sebab jumaat cuti Nuzul Quran. selasa lak cuti Merdeka. dah alang alang cuti terus lima hari. Kat kampung tak banyak aktiviti yang aku boleh buat. Cuma pak mentua mintak tolong gantikan papan pintu yang reput. Dalam dok sibuk sibuk tu ada gak order masuk. Kak zie call nak lagi. Sebelum balik Muar stok cuma tinggal 85 pek je lagi. Orang rumah dah mula risau. Takut tak habis. Sekali bila Kak Zie call dia nak 200 pek. Hah....ambik... Takut sangat. Dah jadik gelabah pulak dah. Tak cukup stok yang ada. Tanya mak mentua cuma ada balance 40 pek je. Tanya kat makcik lak dapat lah 50 pek lagi. Daripada takde niat nak tambah stok terus penuh ngan batang buruk bila balik kl. Tambah lak ngan sepupu & adik ipar 50 pek lagi. Tapi sayang. Aku cuma dapat supply pada Kak Zie 120 pek. Selesai sumer stok yang ada. Malam ni nak hantar ke Bagnsar 3 pek lagi. Order dari officemate 70pek. Selesai sudah dihantar semuanya.
Degan ini secara rasminya tempahan untuk Kuih Batang Buruk untuk tahun ni ditutup. Kalo ada yang nak kene tunggu lepas raya ataupun raya haji lah pulak. Tu pun bergantung pada order. Kene berbaloi lah kan.....
8 September 2010, bertolak balik Kedah. Raya tahun ni beraya kat Kedah....
Untuk semua para pelanggan yang budiman aku ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" & "MAAF ZAHIR BATIN"... Segala salah silap terkurang terlebih terkasar harap diampunkan.
Salam Sejahtera semua..
Saya hanya mengambil order untuk bulan puasa & hari raya sahaja.
Sekiranya berminat untuk menempah didalam bulan bulan yang lain minimum order adalah 200 pek / 100 kg.
100% Keluaran Bumiputera ( bisnes kat dapur rumah je )
100% Kacang Hijau
Caj akan dikenakan untuk pesanan dibawah 20pek/10kg.
Caj akan dikenakan mengikut kadar berat (berat asas bungkusan atau VOLUMETRIK - mana yang lebih tinggi) sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia.
Berikut adalah panduan untuk anda mengenai kadar caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia.
Panduan Pos Malaysia
Panduan Kiraan Volumetric Weight
(Lebar x Panjang x Tinggi /6000 = KG) - Kiraan dalam cm..
Adakalanya caj yang dikenakan adalah berdasarkan kadar berat kiraan VOLUMETRIK (saiz bungkusan) dan bukan mengikut berat sesuatu pakej. Jadi kepada yang nak buat pesanan melalui pos adalah lebih baik untuk anda membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak. Takut nanti caj pos lagi mahal dari harga produk.
Harga : RM13/pek/500gm
Bayaran : C.O.D / Bank In M2U (162647037807 / Nor Ishraf Bakar)
Hubungi nombor yang tertera dibawah untuk pertanyaan.
H/P : 0126962625
0173521225
01115322625
atau
email : ishraf@destinigroup.com
Saya hanya mengambil order untuk bulan puasa & hari raya sahaja.
Sekiranya berminat untuk menempah didalam bulan bulan yang lain minimum order adalah 200 pek / 100 kg.
100% Keluaran Bumiputera ( bisnes kat dapur rumah je )
100% Kacang Hijau
Untuk sebarang tempahan :
- Individu
- Peniaga2 Bazar
- Pemborong
Kepada pembeli atau agen yang berminat untuk berurusan dengan kami boleh menghubungi 012-6962625/0173521225/01115322625
Lokasi penghantaran sekitar Lembah Klang . ( Hantar terus by hand )Caj akan dikenakan untuk pesanan dibawah 20pek/10kg.
Kepada yang berada diluar kawasan sila hubungi saya untuk bincang cara penghantaran.
Khidmat penghantaran melalui Pos ke Sabah & Sarawak.Caj akan dikenakan mengikut kadar berat (berat asas bungkusan atau VOLUMETRIK - mana yang lebih tinggi) sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia.
Berikut adalah panduan untuk anda mengenai kadar caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia.
Panduan Pos Malaysia
Panduan Kiraan Volumetric Weight
(Lebar x Panjang x Tinggi /6000 = KG) - Kiraan dalam cm..
Adakalanya caj yang dikenakan adalah berdasarkan kadar berat kiraan VOLUMETRIK (saiz bungkusan) dan bukan mengikut berat sesuatu pakej. Jadi kepada yang nak buat pesanan melalui pos adalah lebih baik untuk anda membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak. Takut nanti caj pos lagi mahal dari harga produk.
Harga : RM13/pek/500gm
Bayaran : C.O.D / Bank In M2U (162647037807 / Nor Ishraf Bakar)
Hubungi nombor yang tertera dibawah untuk pertanyaan.
H/P : 0126962625
0173521225
01115322625
atau
email : ishraf@destinigroup.com
Friday, September 3, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Kasut kulit untuk dijual
Kasut kulit buatan tangan untuk dijual. Saiz 10. Keadaan macam baru. Jarang pakai sebab selalu pakai kasut lain. Harga boleh nego sampai jadi. Prefer by hand/C.O.D. area shah alam,puchong,putrajaya.
Wednesday, August 18, 2010
Hari 17 Ogos 2010/Isni jam 11.00 pg td ada staff dr kraftangan malaysia call aku. Tujuan dia nak mintak aku buat demo pembuatan kuih batang buruk kat pameran kraftangan malaysia pada 20 ogos 2010 nanti. Aku terpaksa tolak sebab aku tak de kebolehan utk buat demo tu. Nak ajak mak mentua dia pulak kat johor. Lagipun belum tentu lagi dia nak. Ni bukan kali pertama org dr pertubuhan@institut call aku. Ni adalah kali yg ketiga. Yang pertama daripada Jabatan Muzium. Nak buat kajian dan pameran. Yang ke 2 pulak pelajar dr UiTM nak buat kajian untuk tugasan. Semua aku terpaksa atas sebab yang tak boleh aku elak. Ini lah yang dinamakan kuasa internet. Hahaha...
Pada aku yang tak berapa nak pandai bab bab marketing & Internet/komputer ni perkara yang semacam ni dah jadi satu benda yang positif. Bermula dengan "kosong" sampai aku dah boleh buat blog ni. Sikit sikit aku belajar. Boleh dikatakan 80% dari pelanggan kuih batang buruk aku datang dari blog ni. Blog yang "cakar ayam" dan blog yang aku jarang promosikan. Alhamdulillah, yang sebenarnya secara offline@kat luar pun aku jarang promosikan batang buruk aku ni. Cuma bercerita ngan kawan kawan je. Makin dekat nak raya makin banyak nombor yelefon yang aku tak kenal terpapar kat hanphone aku. Kadang2 panggilan dari bank pon aku ingat orang nak tanya pasal batang buruk...kihkihkih...
Perancangan aku lepas ni nak merayau kat tempat tempat orang jual kuih raya. PKNS Shah Alam aku punya main target. Nak cuba promotekan batang buruk aku ni. Ni planning untuk tahun depan. Mana tahu sangkut sorang dua peniaga kuih raya kat sana, dah bertambah lagi pelanggan aku. Satu perkara je yang aku takut. Tenaga kerja takde. Bila tenaga kerja kurang maka production pun kureng lah. Itu masalah yang aku hadapi sepanjang 4 tahun aku membantu mak mertua aku. Permintaan tu ada tapi supply tak cukup (Musim raya je lah). Apa pun kita tengok je lah apa jadi lepas ni...

Tuesday, August 17, 2010
Bosan
Hari ni mendung je. Bosan lak rasanya. Semasa aku menulis ni aku berada di bengkel Merz Energy di Bt 3 Shah Alam. Hantar kete company buat service & repair. Dah 2minggu due utk service. Lagipun kete tu bukannya sihat sgt. Byk sgt sakitnya. Sambil menunggu member datang amek, update lah sikit2 blog ni. Tersengguk sengguk aku menahan gantuk. Maklum je lah. Bulan puasa memang selalu ngantuk. Hari ni dah ramadhan ke-6. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Hari minggu yang lepas aku tak kemana mana. Cuma hari ahad petang je aku ke Alamanda. Tengok wayang cerita "The Expendebles" ngan orang rumah. Dalam filem tu semua actor kegemaran aku ada berlakon. Takde plan pon nak pi tengok wayang hari tu. Pagi tu lepas subuh aku dah boleh nak tido. Sambil layan internet on tv sekali. Kalo tak sunyi gak. Masa tu lah keluar review pasal filem ni kat TV3. Terus book tiket online.
Kuih batang buruk pun tak de yang urgent nak kene hantar. So aku banyak rehat je la. Setakat hari ni masih ada 50pek order yg belum dihantar. 30pek ke Sri Kembangan. 20pek lagi ke Klang. Stok yang ada kat tangan pun masih ada 230 pek. Masuk pejabat ada gak dapat order 6pek hari. Alhamdulillah. Slow sikit. Mungkin sebab masih ada banyak masa lagi. Masih slow. Kalau mengikut pengalaman tahun tahun yang sudah org banyak order masa dah nak dkt raya. Tunggu & lihat je lah nanti. Ada yang nak sampai 2ribu pek. Fuhhh..mana nak carik bila dah hujung hujung puasa. Stok banyak dah habis. Macam nilah kalau jadi peniaga bermusim. Tak simpan stok banyak banyak. Harap harap tahun ni takde lagi lah yang buat macam tu……Kalo tak?

Labels:
Hari minggu,
Kuih batang buruk
Friday, August 13, 2010
laptop rosak
Bermula dari hari isnin sampai ke hari ni, laptop masih lagi kat office. Mintak tolong member format balik. Sebab apa format? Sebab sistem dah berterabur. Dah jadi lembab. Bila dah format masalah driver pula yang timbul. Susah bila takde laptop ni. Nak update blog, facebook kena guna hp. Skrin kecik sangat. Tak puas nak surf internet. Nak buat macam mana.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.gif)

.gif)

.gif)